Friday, August 7, 2009

my dorm mate, passed away =(

SEGARI: “Saya tidak sangka ayah pergi secepat ini. Masih bayang kenangan ketika kami sekeluarga berhenti makan di Pantai Remis selepas melawat adik, Fatin Nur Izzati Ahmad Hasbullah, 13, yang belajar di Sekolah Menengah Sains Tun Syed Syeikh Shahabudin (SMSTSSS), Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Ahad lalu.

“Ketika itu saya turut berkongsi sekeping capati bersama arwah dan dia bergurau mengenai pantang larang makan dengan pinggan berlapis,” kata Muhammad Irfan, 15, anak sulung kepada Ahmad Hasbullah Bakar, 44, yang maut bersama anak keduanya, Fatin Nur Izzati dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan lori tangki di Batu 11 di sini, kira-kira jam 11.15 malam kelmarin.

Muhammad Irfan berkata, kali terakhir dia bertemu arwah bapanya pada Isnin lalu sebelum dia bertolak ke Taiping.

Selain itu, katanya, arwah adiknya (Fatin Nur Izzati) juga bersikap aneh apabila dia tidak berebut makanan kegemarannya, ‘Chezzy Wedges’ ketika makan bersama di restoran makanan segera di Bukit Mertajam baru-baru ini.


sedihnye. i miss her.
i miss her so damn much.

1 comment:

izzah syahirah said...

asl kau post citer ni?ape kene mengene ngn kau?